? ??????????????Let's Rock!? ????? ?? ???Rating: 4.5 (22 Ratings)??10 Grabs Today. 14818 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Music Play? ????? ?? ???Rating: 4.7 (25 Ratings)??9 Grabs Today. 7585 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 15 Oktober 2009

GEDOMBAK




Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.

SERUNAI



Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit


Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

Yangqin terutamanya dibuat daripada kayu, badan Yangqin itu merupakan peti berbunyi bersama, bentuknya seperti kupu-kupu, maka ada orang menyebutnya sebagai “Hudiqin”. Semasa memainkan Yangqin, alat muzik itu diletakkan diatas rangka kayu, pemain alat muzik mengambil sebuah palu buluh kecil memukul tali Yangqin.

Teknik permainan Yangqin banyak, suaranya juga beraneka ragam, boleh berbunyi suara yang tinggi, tebal dan terang. Permainan Yangqin sesuai dalam suasana riang gembira dan rancak.

Yangqin sudah bersejarah lebih 400 tahun di China. Dalam tempoh tersebut, tukang membuat alat muzik China telah mengkaji banyak jenis Yangqin yang baru, misalnya Yangqin yang boleh mengubah bunyi, mengaubah irama dan Yangqin yang suaranya berbunyi melalui gelombang elektrik. Yangqin itu dapat digunakan dalam permainan solo dan iringan, maka sangat disambut oleh pemain Yangqin.

Yangqin telah mempunyai ciri-ciri tradisional dan langgam bangsa China melalui perkembangan dalam tempoh banyak tahun dan sudah menjadi sejenis alat muzik yang diminati ramai orang.

Muzik: Sungai Qing Pada Musim Bunga

ENSEMBEL GENDANG 24 MUSIM



Ensembel Gendang 24 Musim Pengenalan Ensembel Gendang 24 musim diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Ensembel ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan sa


GAMBANG


Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

REBANA UBI




Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

KOMPANG




Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

;;